Hurmm...Dah kul 4.15 pagi dah pun.Asal la mate ni susah sgt nak lelap.Dengan keletihan n kesibukan ari ni sepatutnya mata ni dah terlelap sebenarnyer...Esok keje aagi...adoiii...tidurlah wahai mata(walaupun hakikatnya aku mengerti kenapa mataku sukar untuk lelap)
KEHIDUPAN.Satu perkataan yang simple.Terdiri daripada 4 huruf vocal dan 5 huruf konsonan.(betul ke 2?lantak ah)Tapi,didalam nya ada berbagai cerita.Kesedihan,kegembiraan,penderitaan,kekecewaan,keperitan,dilema dan ape lagi??(korang tolong tambah okey).Kehidupan gak mempunyai banyak cabang2 yang kita sendiri x tahu apa isi kandungan yang terdapat di setiap cabang itu.Adakalanya cabang itu penuh onak berduri ataupun jika kita lebih bernasib baik,cabang2 itu mempunyai isi berbagai-bagai jenis berlian dan mutiara yang kilauannya dapat menyinari kehidupan kita.Namun,kebiasaannya yang bernasib baik itu bukan kita.Itu bermakna kita tidak mendapat kilauan berlian dan permata itu.Tanpa kilauan itu,teramat susahlah untuk kita menyelusuri lorong-lorong kehidupan.Mahu tak mahu,kita terpaksa bekerja kuat untuk sekurang2nya mencari lampu suluh ataupun lebih perit lagi lighter atau mences atau geset untuk dijadikan cahaya untuk kita menerokai lorong-lorong kehidupan yang gelap itu.
Dalam keghairahan kita mencari sumber cahaya itu,disini lah ramai diantara kita yang tergelincir.Malah ada yang terbabas yang sehingga penghujung kehidupannya musnah begitu saja.Meniti sebuah kehidupan bukan lah sesuatu yang mudah.Allah did not promise that life would be easy,but He promise to go with you,every step of ur life,with Him by ur side..Makin kita dekat dengan-Nya,makin kita kuat diuji.Namun,ingatlah,semua tu bukan hukuman.Mungkin Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran langkah-langkah kita yang tersasar.Allah juga tak beri ape yang kita mahu.Tapi Dia beri apa yang kita perlu.
Ada orang kata,kehidupan itu seperti aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair.Ada kata seperti roda.Kadang diatas,kadang di bawah.Hakikatnya,kehidupan kita adalah hak mutlak kita.Dalam kehidupan kita,seringkali kita cuba memberi dan menjadi yang terbaik untuk orang lain.Dalam waktu yang sama,kita lupa yang diri kita juga mengharapkan benda yang sama.Bukan sekadar mengharap.Malah kita sebetulnya memerlukannya.Kita teragak-agak untuk membuat keputusan.Kenapa?Kerana kita bimbang ada hati yang akan terluka.Ada jiwa yang akan merana.Namun,apa kata hati kita?Adakah kita harus korbankan kehendak hati kita demi memenuhi kehendak hati orang lain?Untuk kita memenuhi kehendak hati kita pun x boleh,ape lagi nak mengharapkan orang lain yang memenuhi kehendak hati kita.
Cuba kita bayangkan jika kita berada dalam satu situasi.Sebagai contoh yang paling senang,soal cinta.1.Bagaimana agaknya jika cinta kita terhalang oleh orang tua?kita menyintai kekasih kita dan kekasih kita juga begitu.Tapi cinta kita mendapat tentangan hebat oleh orang tua.Mane yang harus kita pilih?Apa jua pilihan kita,pasti akan ada jiwa dan hati yang akan kecewa.Owhhhhh!!!mimpi yang amat ngeri.2.Bagaimana pula jika kita bercinta.Tiba-tiba,kita didesak untuk berkahwin di waktu kita belum betul-betul bersedia???Tambahan waktu yang ada adalah terlalu singkat.Yang mendesak pula bukan kekasih kita.Tetapi pihak ketiga.Orang tua kekasih kita mungkin.keluarga kita mungkin.Apa pilihan kita?\
Dalam situasi diatas,ada yang mengatakan ianya pilihan yang tidak dapat dipilih.Contoh 1,jika kita masih lagi ingin berusaha,kita harus bekerja keras untuk mengubah pilihan itu menjadi milikkan.Bermakna,kita dapat mengelakkan semuat hati2 dan perasaan mereka yang terlibat daripada terluka.Itu pun jika kita bernasib baik.Tapi,untuk yakinkan pihak2 tertentu untuk menerima kita bukanlah satu perkara yang mudah.Peratusan kita untuk berjaya adalah terlalu kecil.Tapi,kejayaan yang tidak diduga biasanya memberikan kenikmatan yang berganda.
Situasi ke 2 bagaimana?Orang kata,untuk membuat semua orang setuju dengan kita adalah mustahil.Kita seharusnya terima hakikat yang diri kita tidak dapat lari dari kesilapan.Sifat lemah walaupun setiap hari kita memperbaikinya tidak bermakna ianya akan hilang 100%.Kita tidak seharusnya menghukum diri kita dan membiarkan diri kita berada dibawah tekanan.Kenapa?Kerana keputusan yang dibuat semasa kita berada dalam tekanan kebiasaannya menghampakan.Memang susah untuk membuat keputusan yang akan melukai hati sendiri.Tapi,itulah kehidupan.Tidak semua yang kita impikan kita akan dapat.Adakalanya,kita harus belajar melepaskan apa yang kita cintai.Cinta tak semestinya memiliki.Adakalanya,kerana kita cinta,kita terpaksa biarkan dia pergi.Untuk masa depannya yang lebih cerah.
Mungkin dia lebih bahagia dengan orang lain.Bukan dengan kita.Anggaplah jodoh kita bukan dengan dia.Walau sejauh mane hubungan cinta kita bersamanya,semua tu hanya akan tinggal kenangan yang pastinya tercoret di dalam diari hati kita dan tak mungkin akan terpadam.Lepaskanlah dia pergi jika itu yang terbaik untuk dia.Korbankanlah cinta kita asalkan kita tidak menyentap kebahagiaan dia.Dan yang paling penting,ucapkanlah sebaris ayat sebelum membiarkan dia pergi..
Adakah Arah Yang Aku Pilih Ini Betul???







