Siang berjalan menuju petang sementara malam pula menanti kehadiran senja merah sebelum malam berakhir mengejutkan fajar pagi.Pagi 6 April 2006 bukanlah hari-hari yang biasa.Ianya satu pagi yg sangat suram.Di bilik menunggu,dua beradik sedang menanti khabar orang yang mereka cintai.Di dalam lena yang penuh dengan penantian,terdengar suara memanggil mencari gerangan waris seorang penghuni Unit Rawatan Rapi(ICU) disebuah hospital di Kota Bharu.Beberapa kali suara itu memanggil,sedarlah mereka yang orang yang dicari adalah mereka berdua.Seribu persoalan bermain di benak mereka.Perkhabaran baik atau sebaliknya."Semoga semuanya baik-baik sahaja",bisik hati kecil salah seorang dari mereka.Namun,apa yang diinginkan dinafikan oleh Sang Pencipta.Kekuasaan-Nya mengatasi segalanya.Ternyata khabar yang sampai khabar yang menyedihkan.Insan dicintai akan pergi buat selamanya meninggalkan mereka sebagai yatim.Satu situasi yang amat janggal kepada mereka.Namun,mereka harus redha dengan ketentuan Ilahi.Apa yang dikesalkan,pemergiannya ketika mereka masih belum betul-betul bersedia.Pasrah!!Itu kehendak-Nya.Hanya rantaian doa ku kirimkan dengan harapan dia damai disana.InsyaAllah...Aku,seperti biasa,harus meneruskan perjalanan dalam kehidupan yang sementara di dunia tumpangan ini.Jika dulu aku mampu berlari untuk mencapai sebuah keinginan,aku mampu terbang dalam menggapai kehendak,aku mampu berenang melawan arus dalam memenuhi citarasa..Itu semua satu masa dahulu.Penderitaanku bermula disini.Belum sempat untuk membuang segala kesedihan dek kehilangan insan tersayang,aku dijemput untuk melawat dan hidup di sebuah kawasan gelap yang hanya berlampukan sebiji mentol berkuasa 15watt.Gundah dihati sehingga aku tidak menjamah sebarang makanan walaupun disediakan nasi putih berkuah air serta berlauk sepotong ikan selayang yang mungkin jika dijadikan santapan untuk seekor kucing sekalipun masih belum mendapat sekali kenyang.Walau hanya selama 16 jam,ianya umpama satu jangka masa yang amat lama.Namun,disitu aku belajar erti sebuah kesabaran.Satu pengalaman yang tidak semua orang dapat merasainya.Aku terus berlari..Berlari melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama bekerja untuk menyara kehidupan sendiri dan orang lain.Melihat senyuman terpahat di raut wajah mereka-mereka yang aku sayangi adalah satu kepuasan bagiku.Aku mahu mereka semua senang dan bahagia sebelum aku sendiri merasainya.Itu sumpah diriku.Itulah pengorbanan yang selama ini aku cari.Biar aku menanggung lelah asal mereka ini mampu tertawa.Hanya itu matlamatku.Aku terus berlari lagi.Berlari dengan sebegitu pantas sehingga suatu hari aku rebah terjatuh.Kesannya aku terluka dan luka itu menyebabkan aku hanya mampu berjalan.Waktu dan ruang yang aku punya sedikit terbatas.Aku manusia yang lemah.Tidak mampu melakukan dua kerja dalam satu masa.Mungkin pada asalnya aku rasa aku mampu.Aku cuba untuk bertahan.Aku cuba pujuk diri sendiri agar cuba untuk menempuh raujau hebat di hadapan.Namun,sekali lagi ujian datang seterusnya menggagalkan usaha aku selama ini.Aku tewas.Tewas untuk mencorak sebuah kehidupanku disebabkan oleh insan lain.Sungguh tidak adil.Sekali lagi aku pasrah.Aku redha jika itu kehendak-Nya.Tidak tergerak sebutir pasir di dasar laut melainkan ianya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t dan tidak gugur sehelai daun melainkan jugak ada dalam pengetahuan-Nya.Akhirnya aku akur.Jika dahulu aku mempunyai dua persimpangan jalan yang mana aku boleh menyelusuri keduanya mengikut kehendak hati aku,kini simpang itu hanya tinggal satu sahaja.Mahu tak mahu,itulah jalanku.Aku terus sahaja melalui jalan itu.Sudah itu kehendak hati,maka aku terpaksa turutkan.Walau jalannya penuh berliku,aku masih mampu bertahan.Mungkin berkat kesabaran dan ketekunan aku,sinar keberkatan itu hadir.Apa yang diusahakan membuahkan hasil.Hela nafasku lega penuh kepuasan.Alhamdulillah.Tuhan gantikan penderitaanku suatu masa dahulu dengan kesenangan hari ini.Aku semakin bersemangat dalam meneruskan kehidupan yang aku pilih ini.Aku terus menyelusuri liku-liku jalan ini.Namun,ianya tidak mampu untuk bertahan lama.Belum sempat untuk merasa nikmat sembuhnya luka akibat terjatuh satu ketika dahulu,aku sekali lagi rebah.MasyaAllah.Inilah namanya kehidupan.Walaupun kita sering mahukan hari yang CERAH, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya HUJAN perlu diturunkan… kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tapi Allah lebih mengetahui, KESUSAHAN itulah yang mengajar kehidupan… kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh DOSA & KEJAHATAN, tapi manusia tak dapat lari dari KESILAPAN… SEMUA itu bukan HUKUMAN, tapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih tabah.Luka aku kini bertambah parah.Namun,aku masih mampu berjalan walaupun dengan bantuan sebatang tongkat.Aku kuatkan semangat.Berjalan dan terus berjalan.Aku tidak akan berhenti selagi aku mampu untuk bertahan.Ini satu-satunya jalanku.Jika aku gagal,aku gagal untuk selamanya.Begitu lama aku bertongkat.Bertahan kerana aku sedar untuk aku berjalan seperti biasa,bukanlah satu perkara yang mustahil.Cuma mungkin masa yang diperlukan terlalu lama.Apa lagi untuk aku kembali berlari seperti satu masa dahulu.Aku cuba mencari jalan-jalan baru.Dengan harapan ada lorong-lorong yang kosong untuk aku jadikan tujuan.Namun,seorang yang bertongkat dengan kaki yang tempang,sungguh mustahil ada tangan-tangan yang akan datang menunjukkan jalan-jalan itu.Aku tak kesah.Yang penting aku berusaha.Walau di perlakukan seperti anjing buruk kepala,walau dipandang sebelah mata,semua itu sudah menjadi asam garam dalam hidup ku.Dalam aku tercari-cari jalan baru untuk ditujui,aku diuji lagi dengan satu ujian yang hebat.Kali ini terlalu hebat sehingga aku terduduk.Tidak mampu lagi untuk berjalan.Aku kini hanya mampu merangkak.Ya Allah...Begitu hebat ujian-Mu.Aku tundukkan kepala dihadapan Tuhan.Lalu aku mohon agar semua ini segera berakhir.Tapi,makin aku mendekati-NYA,makin aku diuji,makin aku banyak berdoa,semakin banyak ujian menimpa.Namun aku tahu segala yang dipinta tak datang dengan segera,tapi ia akan diperolehi apabila aku berjaya mengharungi ujian yg diberi-NYA,kerana ALLAH tidak memberi apa yang aku mahu tapi DIA memberi apa yang aku perlu.InsyaAllah.Sehingga kini,aku masih terpaksa merangkak.Merangkak dalam meneruskan perjalanan hidup di dunia tumpangan ini.Walau perjalanan ini penuh kesedihan,penuh penderitaan,penuh penyiksaan,semua itu aku sembunyikan dari pandangan mata-mata insan lain.Walau siapa pun mereka,cukuplah aku kongsikan keperitan ini hanya dengan-Mu Ya Allah.Benarlah kata cendiakawan."dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yg terasa beratnya sehingga kita terduduk dan menangis ...tapi ketahuilah dan renungilah kembali mungkin air mata tika itu kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.Jika begitu,seharusnya aku redha.Namun,disaat aku sendirian,aku sering terfikir yang dalam menyelusuri kehidupan ini,aku telah banyak melibatkan orang yang aku sayang dalam masalah aku sendiri.Mereka terpaksa membakar diri sendiri demi keperihatinan terhadapku.Ya Allah,kiranya suatu hari aku terpaksa pergi,aku mohon Ya Allah kepada-Mu.Khabarkan kepada mereka yang sepanjang hidup ini,tidak pernah terdetik dihati kecil ini untuk menyusah atau membebankan mereka dalam masalah kehidupan aku ini.Biar aku tersiksa derita disebabkan tindakan insan lain yang aku sayang,tapi melibatkan orang lain dalam masalah aku,aku mohon ya Allah.JADIKANLAH INI YANG PERTAMA DAN TERAKHIR.Ya Tuhan,jika suatu hari aku terpaksa pergi,janganlah penderitaan aku terpaksa ditanggung oleh insan lain.Izinkan aku pergi tanpa membebankan insan hidup.Cukuplah pengorbanan mereka selama ini.Jika diberi peluang untuk hidup buat kali kedua sekalipun,belum tentu aku dapat menebus segala pengorbanan mereka.Ya Allah,aku mohon.Engkau berikanlah mereka kebaikan di dunia dan diakhirat kelak.Dan jadikanlah anak-anak mereka insan yang berguna.Amin.Ya Allah,bila aku alihkan mataku ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..namun aku sedar hanya Engkau yang tahu isi didalamnya..Begitulah dengan kehidupanku..Riang ketawa tapi hanya Engkau yang tahu rahsia kehidupanku.Bila aku dilanda kecewa,aku pandang ke sungai..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...Begitu juga bila aku sedih...Aku lihat langit dan aku tahu Engkau sentiasa bersamaku.Andai kata hidup ini kembali bersinar,akan aku bawa sinar ini kepada insan yang tersayang sebagai tanda terima kasih.InsyaAllah.Tapi,apa yang pasti,sehingga ke saat ini,aku masih lagi merangkak.Merangkak dalam menyelusuri sebuah kehidupan yang lebih baik.Semoga aku dapat berlari seperti dulu lagi......InsyaAllah