Hari ini,saya cuba membawa diri saya selangkah kehadapan.Bagaimana?Inilah caranya.Saya membina blog ini dengan harapan dengan adanya blog ini,ianya dapat memberi sesuatu pengajaran yang berguna kepada saya dalam meniti sebuah kehidupan di blog.Pada saya sebagai orang baru dalam bidang penulisan di blog,sedikit gementar dan rasa kekok dek kerana mungkin disebabkan saya bukan seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan.Apa yang membawa saya ke sini adalah "keinginan"dan "rasa ingin mencuba".Dua perkara ini lah yang mengiringi saya dalam menceburi sesuatu yang baru dalam hidup saya ini.Baru itu pada saya.Namun saya yakin pada sesetengah orang yang lain,ianya bukan begitu.Namun,baru atau lama bukan itu yang jadi ukuran.Pokoknya,apa yang kita lakukan,apa yang kita kongsikan,apa yang kita bincangkan diharap dapar memberi satu bahkan lebih manafaat sesama kita.Memang saya insan yang lemah.Saya tidak Kaya.Saya bukan Jutawan.Tapi insyaAllah,saya peramah dan sangat suka berbual bicara sama ada kenalan lama atau baru.Biar dimana sahaja kita berada,tautan ukhwah itu biarlah utuh agar sukar untuk dipisahkan.Bila kita ramai kenalan,maka insyaAllah akan bertambahlah ilmu kita.Namun,ilmu itu seharusnya dinilaikan sama ada berguna untuk kita dan orang lain atau ianya sekadar satu benda sia-sia yang dibualkan untuk membuang masa yang lapang.Namun,ilmu yang berguna biasanya datang dari orang yang hebat.Mendampingi mereka baru betul mengisi masa yang lapang.Bila kita bersama mereka,kita rasa yang diri kita kecil sangat.Kerana apa?Ilmu mereka terlalu hebat sehingga kita sendiri tidak pernah terfikir apa yang keluar daripada bibir mulutnya sbenarnya sesuatu yang tidak mustahil.MasyaAllah.Nikmat Allah yang begitu besar.Makin aku bersama mereka,makin kerdil diri ini dengan ilmu.Namun,lebih baik daripada mereka yang langsung tidak berusaha untuk mencari ilmu.Ilmu bukan hanya pada pelajaran semata-mata.Perniagaan,kehidupan,ibadah semuanya memerlukan ilmu.Pada saya,sebagai salah seorang yang selalu kekurangan ilmu amat berharap dan bersyukur kiranya anda semua dapat sama-sama berkongsi kebaikan dari intipati ilmu itu bersama saya kerana ilmu adalah sesuatu yang unik.Jika anda ada 1 biji epal.saya ada 1 biji epal.Kemudian kita tukar epal ini.Awak akan dapat 1 biji epal,saya pun akan dapat 1 biji epal.Tapi,jika awak ada 1 ilmu,saya ada 1 ilmu,jom kita tukar.Hasilnya,Awak ada 2 ilmu dan saya pun ada 2 ilmu.Adil kan??Itulah yang kita harapkan,InsyaAllah.Sedikit mengenai diri saya.Dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan.Anak muda berumur 22 tahun 10 bulan.Sekarang menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.Anak ke 8 daripada 9 orang adik beradik.Masih lagi bujang.hobby saya ialah talking about bussiness.So,kalau anda rasa anda mempunyai idea yang bernas dalam bidang perniagaan yang nak dikongsikan bersama,apa salahnya kita bincangkan bersama.Bernas pada fikiran kita belum tentu bernas pada orang lain dan belum tentu juga idea itu betul-betul bernas dan boleh diguna pakai.Jadi,insyaAllah kita sama-sama bincangkan.Rasanya,buat kali pertama biarlah setakat ini sahaja.Jika diizinkan Allah,saya akan sambung lagi.InsyaAllah.Salam....
No comments:
Post a Comment